Khamis, 31 Oktober 2013

Prestasi 3 Bulan Unit Trust Public Mutual @KWSP


Saya masuk Public Mutual menggunakan wang dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000. Saya masuk dua dana RM5,000 setiap satu iaitu, Public Mutual Islamic Dividend Fund (PIDF) dan Public Mutual Islamic Equity Fund (PIEF)

So setelah tiga bulan bersama Public Mutual, nilai dana adalah RM9,624.22 iaitu penurunan sebanyak 3.76% ataupun RM376. Anyway saya target untuk "simpan" dalam unit trust Public Mutual ini sehingga 5 tahun ataupun apabila return sudah mencecah 50% iaitu keuntungan, yang mana lebih awal. Ataupun kalau keadaan lebih baik maybe boleh tambah lagi. Kita tengok le macam mana nanti.

Pelaburan dalam unit trust ialah jangka masa panjang.

Anyway kat atas ini adalah performance bagi kedua-dua dana. Actually penurunan dana adalah kurang daripada 3.76% kerana apabila kita masuk "upfront fee" sebanyak 3% bagi komisen untuk unit trust agent dan juga keuntungan syarikat. Penurunan adalah kurang 1%.

Tiada ulasan: