Selasa, 26 November 2013

Jual @ keluarkan wang yang dilaburkan

Caj Perkhidmatan

Apakah maksud:
The Manager does not impose a repurchase charge on the sale of units of the fund by investors.

Maksudnya:
Tiada sebarang caj dikenakan apabila pelabur ingin menjual unit. Mereka boleh menjual bila-bila masa tanpa perlu membayar apa-apa.
caj perkhidmatan hanya dikenakan sekali sahaja iaitu ketika Pelabur membeli unit (ie. Sebanyak 5.5% bagi pelaburan tunai dan hanya 3% bagi pelaburan kwsp). Caj perkhidmatan ini amatlah kecil jika dibandingkan dengan kualiti perkhidmatan yang diberikan oleh pengurus dana profesional, lain2 yuran dan perbelanjaan yang perlu dibayar oleh pihak syarikat, apatah lagi jika dibandingkan dengan keuntungan yang bakal diperoleh pelabur.

Testimoni

Saya rasa ramai yg tertanya2,
berapakah pulangan yang anda boleh dapat dalam pelaburan islamic unit trust ni?

sebenarnya ianya bergantung kepada pasaran semasa. pulangan bukanlah tetap kerana konsep pelaburan islam itu adil. kita melaburkan wang untuk menjadi modal perniagaan2 syarikat dsb jadi kita hendaklah berkongsi untung rugi perniagaan tersebut. jadi, dalam jangka masa pendek nilainya pasti ada turun naik tetapi anda jangan risau, kerana dalam jangka masa panjang, ianya insyaAllah naik malah memang tinggi.

Mari kita ikuti kisah benar berikut:
Salah seorang pelabur saya, Pn R telah pun merasai kemanisannya. beliau melaburkan sebanyak RM7,300 pada Julai 2008 menggunakan skim pelaburan kwsp ke dalam Public Mutual dan terus membiarkannya. Nak tahu berapa dia dapat pada hari ini? Alhamdulillah, pada Januari 2011 kini pelaburannya meningkat menjadi RM10,500!!! hanya 2 tahun lebih, beliau berjaya meraih keuntungan RM 3,200, almost half of the investment.
Bayangkan Pn R tidak perlu mengeluarkan wang (hanya menggunakan kwsp untuk mendapat lebih keuntungan untuk simpanan persaraan), dan hanya melabur baru 2 tahun lebih.. tetapi lihatlah keuntungannya yang anda pasti tidak akan jumpa di mana2 bentuk simpanan atau pelaburan lain. Masakan wang anda boleh bertumbuh sebegitu rupa jika anda hanya menyimpan di dalam bank atau pun kwsp, kan?

Saya berkongsi kisah ini bukan untuk menjanjikan keuntungan yg tinggi setiap kali anda melabur, ianya masih bergantung kepada pasaran, saya bukan tukang tilik untuk memberitahu pulangan anda tetapi saya boleh anggarkan puratanya jika anda invest dlm jangka masa panjang, insyaAllah. Saya hanya ingin berkongsi peluang yang baik ini kepada anda semua kerana ramai yg masih  belum tahu mengenai unit trust ini.. walaupun ada turun naik, insyaAllah peluang untuk dapat pulangan yg tinggi itu sentiasa ada seperti yg telah pun dirasai oleh Pn R. Just imagine if she invested 700k at that time, she can be a millionaire now!


http://www.oneinvest.com.my/calculators/financial_calculator.asp#calc01. Cuba yang ini untuk membuat projection nilai pelaburan anda. Letakkan 10% sebagai expected return p. a. Anda juga boleh mengira berapakah yg perlu dilaburkan untuk mencapai target masing2. setelah membuat keputusan, jangan lupa hubungi saya :)

Khamis, 31 Oktober 2013

BERNILAI NYA RM100

Hari ini saya akan dedahkan satu rahsia orang kaya yang mungkin anda sudah tahu tetapi tidak begitu ambil kisah.

Jadi sebelum anda mengigit jari 20-30 tahun akan datang, masanya untuk kita mengikut jejak jutawan bermula hari ini.

Apa rahsia tersebut?

Hampir semua jutawan tahu bagaimana mereka mengandakan wang mereka tanpa perlu berpeluh...

Melalui SIMPANAN!
Simpanan bermaksud anda menyimpan wang diinstitusi kewangan yang memberikan pulangan setiap bulan atau tahun! Ianya nampak biasa tetapi berapa ramai antara kita yang menyimpan wang secara tetap setiap bulan??

Tahukah anda masa adalah musuh utama kerana ianya bakal menentukan samada anda mampu bergelar jutawan atau tidak.

Katakan anda berumur 25 tahun sekarang,dan anda mahukan RM100,000 dibank ketika anda bersara kelak. Jika anda bermula menyimpan hari ini dengan hanyaRM10.22 sebulan (hanya 33 sen sehari!) dengan kadar faedah 12 peratus,anda telah mempunyai RM100,000 dibank ketika anda berumur 65 tahun!

Tetapi jika anda leka dan telah berumur 55 tahun, anda perlu menyimpan RM447 sebulan untuk dapatkan RM100,000 ketika mencapai 65 tahun!

Ini bermakna anda terpaksa menyimpan 43 kali banyaknya disebabkan anda terlewat! Dan ini tentunya akan membuka mata anda:

Jika anda menyimpan RM100 sebulan dengan kadar faedah 12 peratus setahun:

- Mula menyimpan ketika berumur 25 tahun:
Anda menjana RM979,307 ketika 65 tahun!
(Hampir SEJUTA RINGGIT dibank!)

- Mula menyimpan ketika berumur 26 tahun:
Anda menjana RM873,241 ketika 65 tahun!
(Anda rugi RM106,066!)

- Mula menyimpan ketika berumur 30 tahun:
Anda menjana RM551,083 ketika 65 tahun!
(Anda rugi RM428,224!)

Jadi, tidak kira berapa umur anda sekarang, inilah masanya anda mula menyelitkan sedikit wang setiap bulan untuk simpanan dan menjejak langkah jutawan automatik!

Saya telah tunjukkan kepada anda bagaimana dengan hanya menyimpan RM100 sebulan, ianya mampu meledak sehingga RM979,307!

MENGAPA HARUS MELABUR



Mengikut kenyataan pihak KWSP,jumlah simpanan ahlinya yang akan bersara tidak mencukupi untuk menampung kos sara hidup akan datang.Adalah disyorkan supaya kita melabur dalam saham amanah yang pulangannya adalah berpatutan.Ia juga adalah sebagai langkah untuk menyusun atau membuat pelan jangka panjang mengenai aset kita.Dengan kadar inflasi yang agak membimbangkan,pelaburan adalah aset penting untuk kita.

Pada tahun 1981,apabila Rizal telah keluar dari U dan mendapat kerja di KL dengan gaji sebanyak RM1,500 sebulan,beliau telah membeli kereta import Mazda yang berharga RM 17,000.Beberapa tahun kemudian beliau telah membeli rumah teres yang berharga RM75,000.

Kini, setelah 27 tahun berlalu apabila anak Rizal, Sukiman keluar dari U dan beliau mendapat gaji sebanyak RM1,500 sebulan.Tetapi tidak seperti ayahnya dahulu,kos untuk membeli sebuah kereta import telah meningkat sehingga RM70,000.Jadi beliau membeli kereta proton wira dengan harga RM40,000 sekali ganda jauh lebih mahal dari ayahnya yang membeli kereta import.Kalau dahulu ayahnya boleh membeli rumah teres dengan harga RM75,000,tetapi Sukiman tidak.Beliau terpaksa mengeluarkan hingga RM200,000 untuk membeli rumah teres di KL.

Berbanding 27 tahun lalu dan kini,segala keperluan asas telah meningkat hampir 2 kali ganda.Mengikut fakta di atas,kuasa membeli pada masa kini telah pun berkurangan daripada dahulu.Tren sebegini dijangka akan terus berulang mengikut peredaran masa.

Kini kos untuk sara hidup seharian mungkin dalam anggaran RM20.Tetapi mengikut kadar inflasi 20 tahun akan datang dalam anggaran 5%, kemungkinan kos sara hidup untuk seharian akan datang adalah dalam anggaran RM60.

Sekiranya kita tidak mula membuat simpanan yang cukup,besar kemungkinan kita akan menghadapi masalah akan datang.Dengan kos sara hidup,kos persekolahan anak-anak dan kos hartanah yang makin meningkat,besar kemungkinan kita akan menghadapi kewangan yang meruncing.
Untuk mengatasi masalah sedemikian,adalah perlu untuk kita melakukan sedikit kajian mengenai pelan kewangan kita.
KELEBIHAN UNIT AMANAH

Kelebihan
1) Pulangan yang tinggi – sekitar 10% ~ 20% setahun
2) Modal yang tidak hilang
3) Insuran takaful percuma
4) Pelaburan yang berlandaskan Islamik
5) Selamat – sebab ada pemegang amanah (trustee)
6) Syarikat pelaburan swasta no. 1 dan terbesar di Malaysia
7) Pengurus dana yang berpengalaman lebih 30 tahun
8 ) Tak ada modal ? Boleh buat pengeluaran dari duit EPF ( deviden EPF tahun lepas 5.8%+- cukup sikit , Public Ittikal memberi pulangan 15.5% dan Public Islamic Equity 18% cukup2 tinggi )
9 ) Nak beli rumah?Tengah kumpul duit, lebih baik simpan duit yang ada di Public Mutual.Pulangan bank setiap tahun 3% cukup2 rendah

Produk Pelaburan Islam Public Mutual
- Public Ittikal Fund
- Public Islamic Equity Fund
- Public Islamic Bond Fund

Ciri-ciri Dana Berlandaskan Syariah
Wang pelabur dilaburkan dalam sekuriti saham dan instrument pelaburan yang tidak bertentangan dengan syariah. Sebagai contoh, ia tidak dilaburkan dalam saham yang terlibat dengan arak, judi, perbankan konvensional serta insuran.

Penasihat Syariah
Penasihat Syariah bagi dana-dana Islam yang diuruskan oleh public mutual ialah Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (IBFIM).

Public Dana Ittikal (PIT)
Kategori Dana: Ekuiti
Tarikh Dilancarkan: 10 April 1997
Prestasi Dana : 15.54%

Public Islamic Equity Fund (PIEF)
Kategori Dana: Ekuiti
Tarikh Dilancarkan: 28 Mei 2003
Prestasi Dana : 18.02%

Public Dana Islamic Ballance(PIB)
Kategori Dana: Ekuiti
Tarikh Dilancarkan: 27 September 2005
Prestasi Dana : 20.20%

- Kita juga boleh membuat pelaburan dengan Duit EPF kita . Dividen EPF kita pada adalah 5.8% so adalah rugi jika kita biar duit kita di EPF . Berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk pelaburan ini
” Jadilah penyimpan dan pelabur yang bijak untuk masa depan kita bersama : ) ”
ANTARA PUBLIC MUTUAL DAN ASB

Baru-baru ini seorang rakan menyatakan minatnya untuk menyertai unit amanah (unit trust) dan bertanyakan cara untuk menyertainya. Lebih spesifik lagi beliau bertanyakan apakah keuntungan dengan menyertai Public Mutual dan cuba membandingkannya dengan ASB. Saya tidaklah begitu arif mengenai selok belok pelaburan tetapi berdasarkan pemahaman saya, pelaburan di Public Mutual dan ASB adalah berbeza walaupun matlamatnya adalah sama iaitu untuk mendapatkan keuntungan bagi pelaburnya.

Perbezaan paling jelas di antara Public Mutual dan ASB adalah daripada segi jaminan keuntungan. Jika anda melabur di dalam unit amanah seperti Public Mutual, keuntungan anda tidak dijamin sebagaimana yang digembar-gemburkan menerusi iklan atau oleh agen unit amanah. Saya boleh mengatakan bahawa anda akan mengalami risiko kerugian besar jika anda tidak faham atau tidak tahu cara untuk melabur. Keadaan ini berbeza jika anda melabur di dalam produk-produk PNB seperti ASB, ASN, ASW2020 dan seumpama dengannya kerana pelaburan anda telah dijamin sepenuhnya oleh kerajaan. Anda tidak akan mengalami sebarang kerugian walau sesen pun malah anda tidak perlu tahu bagaimana hendak melabur. Apa yang perlu anda pastikan adalah untuk kerap menambah simpanan di dalam akaun anda agar pulangannya di tahun hadapan adalah lumayan.

Namun, ini tidaklah bermakna melabur di dalam unit amanah adalah merugikan. Seperti yang saya nyatakan tadi anda akan rugi jika tidak faham cara melabur. Jadi, belajar dan fahamilah cara melabur jika dengan cara itu anda mampu beroleh keuntungan berlipat kali ganda berbanding melabur di dalam ASB. Keuntungan atau pulangan yang diperolehi di dalam unit amanah boleh mencapai sehingga 30% atau lebih setahun bergantung kepada keadaan ekonomi berbanding ASB yang secara purata 7% sahaja. Setiap yang menguntungkan pasti memerlukan usaha dan risiko yang lebih, terpulanglah kepada anda untuk menentukan sama ada berani atau tidak mengambil risiko tersebut. Untuk makluman anda, ketika ini sudah begitu ramai menjadi jutawan dengan melabur di unit amanah dan tidak semua daripada mereka mempunyai kelulusan yang tinggi.

Selain itu, Public Mutual dan unit amanah lain kebanyakannya mempunyai Penasihat Syariah masing-masing. Sebagai pelabur Islam kita mempunyai pilihan untuk melabur di dalam dana-dana mereka yang telah diperakui halal dan sentiasa dipantau pergerakannya mengikut garis panduan Islam. Berkenaan isu ASB pula, hanya baru-baru ini sahaja Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan menfatwakan pelaburan ke atas ASB sebagai harus. Sesetengah pihak masih curiga dengan hukum yang dikeluarkan, anda boleh membaca post saya berkenaan isu ini.

Apa pun paling utama anda harus mempunyai ilmu yang cukup untuk melabur. Pelaburan mampu menjana lebih banyak wang kepada anda, dan pelaburan juga mampu menghabiskan simpanan anda. Jika anda masih tidak jelas tentangnya pelaburan, silalah dapatkan maklumat yang cukup dan bertanya kepada yang arif tentang pelaburan. Buku-buku tulisan Azizi Ali, Sunthara Segar dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang mengenai pelaburan amat bagus untuk dibaca. Saya pasti selepas anda memahami tentang pelaburan, anda akan merasa seronok untuk melabur dan anda tidak takut untuk menghadapi risiko yang bakal dihadapi.

PELABURAN...

Tetapi sebelum anda terlibat dengan pelaburan ada baiknya jika anda fahami dulu erti atau maksud sebenar pelaburan!

Ini penting kerana jika anda tidak faham makna sebenar pelaburan maka anda tidak akan faham akan prinsip sebenar pelaburan! dan sekiranya anda tidak faham, maka adalah sukar untuk anda berjaya dalam dunia pelaburan sebenar!

Jadi, berikut adalah definisi pelaburan yang boleh anda pegang dan fahami;

“Pelaburan ialah tindakan meletakkan dana bagi satu tempoh untuk memperoleh kadar pulangan yang dikehendaki, dengan menyedari sepenuhnya mengenai risiko yang terbabit. Perkara yang perlu diingat ialah walaupun kadar pulangan boleh dijangka, ia tidak terjamin.”


x